Adakah PAS sedia terima Mahathir?

ANIS NAZRI | .

PERTELAGAHAN yang berlaku antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang pasti akan turut memberikan kesan buruk kepada Umno, lebih-lebih lagi dengan adanya usaha untuk menjatuhkan Najib bagi digantikan dengan pemimpin lain.

Namun bagi PAS, menjatuhkan Najib dan digantikan dengan pemimpin lain yang juga dari Umno bukanlah penyelesaian masalah.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh rakyat adalah menukarkan Umno BN kepada PAS menerusi pilihanraya akan datang kerana hanya PAS yang boleh menjadi penyelamat kepada rakyat negara.

Ikuti temubual bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara itu.     

HARAKAH: Bagaimana PAS melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno, adakah ia hanya mainan dia sahaja dan adakah ia memberikan kesan kepada PAS?

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Sudah dua kali Tun ini keluar Umno. Pertama pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada zaman Tunku dia dipecat. Selepas berjaya 'pressure' Pak Lah hingga letak jawatan, masuk balik.

Sekarang sama juga. Kecewa dengan Najib. Cuma kali ini bukan macam zaman Pak Lah dulu, hanya dia sahaja tapi kali ini melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal walaupun mereka tidak mengikut jejak Tun.

Ini menujukkan gelombang kemarahan ahli Umno dan kita harap perubahan kali ini lebih besar dengan pilihannya tidak lain kembali kepada PAS.

Adakah PAS sedia menerima Tun jika dia mahu kepada PAS?

Konsep kita terbuka. Kita akui setiap orang ada kesalahan seperti Tun dalam isu Memali. Dalam PAS dendam peribadi kita kena lupakan dengan syarat dia kena berubahlah ke arah yang baik.

Beliau juga menyentuh perlukah Tun M memohon maaf, adakah PAS mendapat kelebihan daripada krisis yang melanda Umno, bagaimana PAS berusaha menarik rakyat untuk sedar bahawa PAS sebagai satu pilihan, rakyat bukan tukar seorang individu walaupun Najib memang salah.

IKUTI TEMUBUAL PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2128 EDISI ISNIN DI PASARAN.

Share on Myspace