56% mahu Penjara Guantanamo terus dibuka

HARAKAHDAILY | .

Penjara Guantanamo telah lama menjadi perdebatan di kalangan pegawai AS. Obama khabarnya terus berjuang dengan Kongres untuk menutup penjara Guantanamo.

Namun, berdasarkan sebuah pungutan suara yang baru dikeluarkan menunjukkan lebih daripada separuh warga AS ingin penjara Guantanamo tetap dibuka.

Sementara itu, kira-kira 40 peratus responden menjawab bahawa mereka ingin penjara Guantanamo ditutup dan tiga peratus tidak menjawab. Sedangkan kira-kira 56 peratus responden percaya penjara Guantanamo harus terus beroperasi, menurut pungutan pendapat CNN/ORC dan menentang matlamat lama pemerintahan Obama.

Tinjauan pendapat daripada 10,001 warga AS ini keluar hanya dua minggu selepas Presiden Obama menyatakan rancangannya untuk menutup penjara Guantanamo kepada Kongres.

Penutupan ini merupakan usaha untuk memenuhi janji kempen Obama pada 2008. Malangnya, kongres cepat menolak cadangan itu.

Di bawah rancangan Obama, 35 daripada 91 tahanan akan dipindahkan ke negara-negara lain dalam beberapa bulan mendatang. Para tahanan yang tidak akan meninggalkan proses mahkamah oleh suruhanjaya tentera AS. [Islampos]

Share on Myspace