Takziah di atas pemergian Syeikh Hassan At-Turabi

HARAKAHDAILY | .

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Syeikh Hassan At-Turabi yang telah pergi menemui Penciptanya pada 5 Mac yang lalu.

Almarhum merupakan tokoh politik Islam Sudan yang begitu dihormati dan pemergian Almarhum sudah pasti dirasai oleh seluruh dunia Islam hari ini.

Almarhum merupakan watak penting dalam menerapkan agenda Islam ke dalam politik moden Sudan, malah pernah beberapa tahun mendekam di dalam penjara. Beliau juga adalah pejuang yang disegani kawan dan lawan.

Semoga Allah SWT menerima segala kerja ikhlas Almarhum dalam memartabatkan Islam di Sudan dan diletakkan dalam kalangan mereka yang bertaqwa. Berehatlah wahai sang pejuang.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat / Ahli Parlimen Temerloh


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Almarhum Syeikh Hassan At-Turabi yang telah pergi mengadap Ilahi pada hari Sabtu yang lalu.

Pemergian Almarhum adalah suatu kehilangan yang besar kepada dunia Islam terutamanya pejuang-pejuang Islam di Sudan.

Almarhum adalah tokoh yang memainkan peranan penting dalam politik di Sudan. Setiap langkah dan tindakan beliau mendapat perhatian dalam mahupun luar negara. Ini menjadikan Almarhum tokoh yang disegani baik kawan mahupun lawan.

Semoga Allah SWT meletakkan Almarhum dalam kalangan pejuang-pejuang Islam yang syahid di jalanNya. Semoga bumi Sudan terus subur dengan perjuangan menegakkan syariat Islam.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas

Share on Myspace