Hamas berduka kematian Dr Hasan al-Turabi

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) berduka di atas kematian Dr Hasan al-Turabi, seorang tokoh yang berasal dari Sudan.

Seperti dipetik Palestinian Information Center (PIC) semalam, Dr Turabi mempunyai banyak sumbangan untuk perjuangan rakyat Palestin.

"Kami telah menerima khabar duka atas wafatnya Dr Hasan Abdullah al-Turabi," ujar Ezzat al-Rasheq, pejabat Hamas.

Rasheq memuji Dr Turabi dalam peranannya dalam memperjuangkan isu-isu di Palestin serta berperanan dalam mendapatkan sokongan.

Rasheq menyampaikan rasa belasungkawanya kepada seluruh keluarga dan negara muslim. Beliau mendoakan Dr Turabi agar mendapat rahmat Allah SWT.

Seperti diketahui, Dr Turabi adalah salah satu pemikir Islam yang menonjol di Sudan dan dunia Islam. Beliau dikenal sebagai salah satu tokoh paling berpengaruh dalam politik Sudan. [Islampos]

Share on Myspace