Intifadhah III: 170 rakyat Palestin syahid

HARAKAHDAILY | .

Kementerian Palestin mengumumkan jumlah korban syahid gerakan Intifadhah III Palestin hingga hari Selasa 8 Mac 2016 bertambah menjadi 170 orang meninggal dunia dan beribu-ribu lagi cedera.

Dalam maklumat yang disampaikan Kementerian Kesihatan Palestin di bandar Ramallah menyatakan korban syahid terakhir adalah Fadwa Abu Tir (50 tahun) yang ditembak mati tentera Zionis Israel di Wad Street, salah satu jalan di kota tua Al-Quds pada Selasa siang.

Pada sisi lain, pemerintah Zionis Israel akan mengenakan sekatan ketat di Bandar Lama Al-Quds pasca insiden tembakan serta menutup pintu-pintu Masjid Al-Aqsa untuk mengelakkan pertempuran dengan pemuda Palestin.

Meletus pada awal Oktober 2015 lalu, gerakan Intifadhah III adalah wujud kemarahan bangsa Palestin atas penodaan dan pemusnahan Masjid Al-Aqsa yang dilakukan penjajah Zionis Israel sepanjang tahun 2015. (Eramuslim)

Share on Myspace