Menerang kerja kita, hidayah serah kepada Allah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Alhamdulillah Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah berjaya menjelaskan kekeliruan mengenai Islam dan tanggapan yang salah mengenai Islam, hudud di dalam perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Demikian tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook mengulas ucapan Tuan Guru Abdul Hadi selaku Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, Presiden PAS itu menjawab dengan hujah yang ilmiah apabila wakil daripada Umno, DAP, PKR, BN Sarawak mohon meminta penjelasan.

Beliau berkata, peristiwa yang sama ketika Tuan Guru Presiden PAS dijemput untuk membentang berkenaan hukum hudud di Universiti Nanyang Singapura pada tahun lepas.

Menurutnya, tidak ada soalan pun yang dibangkit oleh peserta mengenai hukum hudud apabila beliau selesai membentang.

"Sebenarnya hati kecil menerima, cuma ada sedikit halangan di dalam hati.

"Menerang kerja kita, hidayah serah kepada Allah SWT," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 10/3/2016

Share on Myspace