Syria paling bahaya bagi kanak-kanak di dunia - Unicef

HARAKAHDAILY | .

Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menobatkan Syria sebagai tempat terburuk bagi anak-anak untuk didiami, terlebih kurangnya perhatian negara-negara antarabangsa terhadap para pelarian Syria.

"Bantuan antarabangsa untuk anak-anak Syria tidak pernah cukup walaupun banyak persidangan penderma antarabangsa yang diadakan untk mengumpulkan bantuan tersebut," tulis Unicef dalam satu kenyataan, semalam di sela persidangan penderma antarabangsa di bandar Berlin, Jerman.

Unicef merasa Syria kini menjadi sebuah tempat tinggal paling berbahaya bagi anak-anak di dunia.

Tercatat persidangan penderma Syria di Berlin hanya sanggup mengumpul 6 peratus daripada jumlah 1 bilion euro dana yang diperlukan organisasi untuk mengurus anak-anak Syria sepanjang 2016 sahaja.

Menteri Pembangunan dan Kerjasama Antarabangsa Jerman mengingatkan bahawa kelalaian Kesatuan Eropah terhadap masalah Syria pada akhirnya hanya akan mendatangkan gelombang arus pelarian ke negara-negara Eropah. (Eramuslim)

Share on Myspace