Himmah: Lambang kekuatan Pemuda PAS Perak

AKMAL KAMARUDDIN | .

KEMENANGAN tentera Muhamad al-Fateh dalam pembukaan Kota Constantinople adalah hasil daripada kekuatan pemimpin dan kekuatan tenteranya. Bukan hanya sekadar kekuatan jasadiyyah, malahan kekuatan Tarbiyyah, Ruhiyyah dan Siyasah.

Penerepan elemen dakwah berhikmah dan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera perlu disematkan kedalam jiwa Pemuda PAS Perak untuk dipraktikkan. Seandainya semua Pemuda diperkukuhkan dengan kefahaman ini, Insya-Allah PAS akan menjadi penyelamat bagi Malaysia.

Dalam senario politik negara yang semakin kritikal kini, jentera Pemuda perlu diperkuatkan bagi bersiap siaga mendepani pilihan raya yang mungkin terjadi bila-bila masa selepas tempoh matangnya pada bulan mei 2016 ini.

Sehubungan dengan itu, Himpunan Anak Muda Istiqamah (Himmah) Pemuda PAS Perak akan dianjurkan bagi merealisasikan hasrat untuk mengukuhkan fikrah, menyebarkan dakwah, menguatkan Tarbiyyah, merelevankan siasah dan menyuburkan istiqamah dalam jiwa anak Muda di Perak.

Slogan "Orang Muda Pilih PAS" dipilih dalam Himpunan kali ini yang menyasarkan kepada seluruh anak muda di Perak tanpa mengira bangsa, kaum dan agama untuk sama-sama menjadi penyelamat Malaysia dengan memilih PAS sebagai jamaah dan wadah perjuangan.

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Perak menyeru kepada semua anak muda di Perak bagi menyertai Himmah ini yang kemuncaknya akan diadakan pada 27 Mac 2016 bermula seawal lapan pagi sehingga malam di Batu Kurau,Taiping. Pelbagai acara menarik disediakan termasuk persembahan artis tanah air, acara sukan bermotor, memanah, taujihat Presiden PAS, pidato daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia, munajat perdana yang dipimpin Tuan Guru Hj Salleh Musa dan banyak lagi acara menarik. – HARAKAHDAILY 12/3/2016

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

Share on Myspace