PRN Sarawak: Istiqamah Geng Ustaz bersama PAS

HARAKAHDAILY | .

GENG Ustaz mencatatkan sejarah sekali lagi dengan membuktikan bahawa kami sebagai pendokong kuat dan pencinta kepada kepimpinan ulamak dalam PAS apabila menyampaikan sumbangan untuk dana Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Penyampaian ini disempurnakan oleh Presiden Geng Ustaz selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Norazli Musa dan diterima oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Presiden PAS.

Laungan takbir bergema di dalam dewan sewaktu penyampaian wang tunai berjumlah RM10 ribu itu kepada PAS.

Penyampaian tersebut dilangsungkan dalam Majlis Pelancaran Sejahtera UntukMu Sarawak di Hotel Grand Continental Kuching sempena dengan Majlis Makan Malam bagi persiapan jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan tiba tidak lama lagi.

Malam itu PAS mengumumkan akan bertanding di 11 DUN. Ia diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. DUN tersebut ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir, dan Pujut.

Semoga Allah SWT memberkatikan usaha ini dan diberikan kemenangan kepada PAS dalam usaha menegakkan Islam dan keadilan-Nya.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan penderma sehingga Geng Ustaz berjaya merealisasikan tugasan dan tanggunjawab ini.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Timbalan Presiden
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)HARAKAHDAILY 13/3/2016

Share on Myspace