PRN Sarawak: Permulaan baik, PAS mampu galas amanah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli PAS kaya dengan semangat yang dibina atas kefahaman perjuangan yang bersendikan Islam, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Atas semangat itu, katanya PAS Sarawak telah berjaya memungut RM516,000 daripada ahli  dan penyokong PAS seluruh negara pada malam pelancaran Untukmu Sarawak sempena pilihan raya negeri tidak berapa lama lagi.

"Insya Allah akan menyusul lagi," ujarnya menerusi laman facebook.

Tambah beliau, ahli PAS sudah ditarbiah, mereka bertanggungjawab untuk menjaga parti.

"Mereka setia dengan parti selagi parti tidak lari daripada dasar perjuangan," tambahnya lagi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada PAS Sarawak yang telah melancarkan Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak sempena pilihan raya negeri yang akan diadakan pada masa terdekat.

Beliau kagum dengan kegigihan anak-anak muda terpelajar Sarawak yang menggerakkan projek infra rakyat dan usahawan rakyat yang telah memakan belanja RM200,000 sejak tiga tahun yang lalu.

"Insya Allah, ia permulaan yang baik untuk membuktikan PAS mampu menggalas amanah. Yakin PAS boleh," katanya. - HARAKAHDAILY 14/3/2016

Share on Myspace