Kekeliruan penggunaan nama Kongres Rakyat

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat menegaskan pihaknya tidak terlibat sama sekali dengan himpunan yang akan diadakan pada 27 Mac 2016 yang diselaraskan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Pengerusinya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kekeliruan ini timbul ekoran penganjur himpunan tersebut turut menggunakan nama kongres rakyat.

Katanya, Kongres Rakyat sebagai sekretariat yang telah menyatukan sekitar 200 Ngo begitu komited memperjuangkan hak rakyat dan merencanakan kebangkitan dan perubahan ke arah membina Malaysia sejahtera.

Namun katanya, orientasi, objektif dan matlamat Kongres Rakyat sangat berbeza berbanding himpunan pada 27 Mac ini.

Dalam kenyataannya menurut Azmi, Kongres Rakyat akan meneruskan jelajahnya ke seluruh negara bagi mendengar rintihan dan menyatukan suara rakyat serta meledakkannya sebagai sebuah gerakan perubahan ke arah membina Malaysia Sejahtera, melalui pendekatan dan format gerak kerja yang tersendiri, melunasi prinsip sistem demokrasi yang tidak menyanggahi syariat Islamiyah. – HARAKAHDAILY 15/3/2016

Share on Myspace