Guru Palestin dinobat Guru Terbaik Dunia

HARAKAHDAILY | .

HANAN Al-Hroub, 43, seorang guru Palestin terpilih sebagai guru terbaik dunia 2016, Global Teacher Prize. Beliau menerima hadiah US$1 juta.

Wanita yang dibesarkan di sebuah kem pelarian Palestin berhampiran Bethlehem itu, sehari-harinya merupakan guru untuk para pelarian.

BBC melaporkan majlis pengumuman anugerah itu diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada Ahad lalu.

Al-Hroub dalam ucapannya yang menerima hadiah itu mengatakan bahawa guru boleh mengubah dunia.

"Saya bangga menjadi guru perempuan Palestin yang berdiri di atas pentas ini," ujarnya dipetik Eramuslim.

Al Hroub, yang keahliannya adalah menangani anak-anak yang menderita trauma keganasan akan menggunakan hadiah wang yang diterima untuk membantu murid-muridnya.

Memetik Palestinian Information Center (PIC) Hamas mengucapkan tahniah kepada Al-Hroub yang memenangi hadiah yang berprestij dan komitmen tulen beliau untuk meningkatkan pendidikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia.

Global Teacher Prize diberikan oleh Varkey Foundation yang merupakan yayasan sosial milik syarikat pendidikan antarabangsa GEMS, antara lain dengan tujuan untuk meningkatkan status profesion guru. 

Peserta akhir pada tahun ini telah diambil dari seluruh dunia, termasuk Britain, Pakistan, Kenya, Palestin, Amerika Syarikat, Jepun, Finland, Australia dan India. - HARAKAHDAILY 15/3/2016

Share on Myspace