Wang ihsan bukan wang royalti - R

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan perlu membezakan antara wang ihsan dan bayaran royalti petroleum kerana ia dua perkara yang berbeza.

Presiden Pertubuhan Royalti Kelantan (R) Nazri Deraman berkata, tuntutan royalti rakyat Kelantan kini masih lagi dalam pertikaian di mahkamah.

“Wang ihsan bukan wang royalti atau bayaran tunai 5 peratus daripada pengeluaran petroleum yang perlu dibayar kepada Kelantan.

“Kami menuntut royalti petroleum dan bukannya wang ihsan seperti yang diberi kerajaan persekutuan sekarang,” katanya di sini.

Semalam Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memeterai perjanjian dilantik sebagai agensi pelaksana program wang ihsan Kelantan.

Maik akan berkongsi dana wang ihsan pada nisbah 50:50 dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP) bagi melaksanakan program wang ihsan tertakluk kepada siling RM25 juta setahun setiap agensi pelaksana.

Nazri juga berkata R akan meneruskan perjuangan menuntut bayaran tunai yang dianggar bernilai sekitar RM1 bilion setahun.

Jumlah tertunggak sekarang lebih RM13 bilion yang gagal dibayar kerajaan pusat. – HARAKAHDAILY 16/3/2016

Share on Myspace