Bermula kerjasama politik PAS dan Ikatan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Hari ini bermulalah satu kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Majlis yang diadakan di sebuah hotel berhampiran Pejabat Agung PAS, di sini, sebentar tadi itu dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara kita negara ini.

"Ini adalah detik kebersamaan dalam menentang kerosakan dan kemungkaran seterusnya bersama dalam mengukuhkan kebaikan sebenar bagi rakyat," ujar mereka dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 16/3/2016

 

Share on Myspace