PRN Sarawak: PAS ada peluang di 3 Dun

ANIS NAZRI | .

DEWAN Undangan Negeri (Dun) Beting Maro merupakan salah satu kerusi yang dilihat mampu memberi harapan kepada PAS. Terletak dalam Parlimen Batang Lupar, dalam bahagian Sri Aman. Komposisi penduduknya terdiri daripada majoritinya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban. Pada PRN Sarawak ke-10 yang lalu, PAS hampir berjaya menawan kerusi Beting Maro apabila kekurangan hanya 391 undi daripada calon BN, Razali Gapor dan membuktikan pengaruh PAS tetap ada.
Harakah mendapatkan pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkenaan persediaan PAS menghadapi PRN Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi, khususnya di Beting Maro.

HARAKAH: PAS dikatakan bakal mempertaruhkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 dengan Dun Beting Maro dikatakan sebagai kerusi harapan PAS. Komen Datuk?

DATUK MUSTAFA ALI: Beting Maro merupakan salah satu kerusi yang PAS mempunyai potensi untuk menang pada PRN kali ini. Ia berdasarkan kepada 'track record' lepas, yang mana ia merupakan Dun yang paling kecil majoriti diperoleh PAS. Ia juga ditambah dengan tenaga kerja sedia ada yang masih bersama PAS dalam menggerakkan kerja-kerja kebajikan di kerusi berkenaan.

Kenapa PAS perlu memenangi kerusi ini?

Bagi PAS, di mana sahaja PAS bertanding, kita mahukan kemenangan. Bukan sahaja di Beting Maro, tetapi juga di kerusi-kerusi lain yang ditandingi PAS.

Soalan lain yang ditanya ialah apakah kriteria yang digariskan PAS dalam memilih calon sebagai wakil rakyat bagi penduduk di Sarawak, bagaimana PAS mendepani masyarakat dengan isu-isu yang melingkari pengundi di Sarawak, bagaimana gerak-kerja yang dilakukan PAS dalam usaha memenangi hati pengundi.

IKUTI TEMUBUAL PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2131 EDISI JUMAAT DI PASARAN.

Share on Myspace