PRN Sarawak: Dun Beting Maro perlu diwakili PAS

SARINA ISMAIL | .

PAS Sarawak perlu menang di beberapa Dun yang ditandingi untuk membawa suara serta membela rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Dun Beting Maro antaranya perlu diwakili oleh pembangkang (PAS), memandangkan terlalu banyak isu rakyat tempatan yang gagal ditangani oleh kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Sekian lama, Kampung Pusa yang dipisahkan oleh Sungai Rimas, telah menggunakan perkhidmatan perahu tambang untuk urusan seharian seperti ke pasar, sekolah, hospital, pembayaran bil-bil setempat, urusan rasmi dan lain-lain.

Walaupun terdapat laluan jalan darat sebagai alternatif namun perjalanannya mengambil masa satu jam berbanding perahu tambang yang hanya sekitar empat hingga lima minit sahaja.

Pada tahun pilihan raya umum kesembilan lagi, kerajaan negeri Sarawak menjanjikan pembinaan jambatan untuk kegunaan penduduk Kampung Pusa, namun sehingga kini (2016), ianya belum lagi menjadi kenyataan.

Menurut Pengarah Pilihan raya PAS Batang Lupar, Abang Hipni Abang Bakri, antara sebab kelewatan pembinaan jambatan tersebut, termasuklah masalah kontraktor yang bersilih ganti dan natijahnya projek terbengkalai dan tidak dapat disiapkan.

"Pada tahun 2014, kerja-kerja pembinaan dimulakan namun terpaksa diberhentikan kerana subkontraktor menggunakan besi rumah sebagai cerucuk, akhirnya tidak lulus.

"Pada tahun 2015, ambil pula subkontraktor ketiga dan dianggarkan siap pada Ogos 2016 namun dengar khabar pula minta dilanjutkan hingga Oktober 2016. Tapi itu pun belum tentu siap," maklumnya pada wakil Harakah.

BERITA LANJUT DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2131 EDISI JUMAAT DI PASARAN.

Share on Myspace