Masalah tutup aurat cabaran kepada pendakwah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Masalah menutup aurat menjadi cabaran pada hari ini termasuk kepada pendakwah dan keluarga pendakwah.

"Sedangkan ia adalah asas kepada penghayatan dan pemahaman Islam dan membezakan antara Islam dengan bukan Islam," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, amat malang jika perkara itu dipandang ringan oleh setengah pihak.

Ini, katanya kerana pada akhir zaman ramai yang berpakaian tetapi tidak menutup aurat.

Beliau menambah, mereka bertudung tetapi berlengan pendek, berjubah tetapi ketat, berbaju kurung tetapi jarang.

Katanya lagi, mereka bertudung tetapi tidak menutup dada, bertudung tetapi berkain belah, berkain ketat juga berseluar ketat.

"Pastikan ahli keluarga kita tidak tergolong dari kalangan di atas," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 17/3/2016

Share on Myspace