Hamas gesa Mesir longgar sekatan di Jalur Gaza

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) menyeru Mesir untuk melonggarkan sekatan di Jalur Gaza pada hari Selasa minggu ini, lapor World Bulletin hari ini.

Khalil al-Haya, pegawai kanan Hamas mengatakan bahawa mereka telah memohon kepada Mesir untuk membolehkan lebih banyak lalu lintas melalui sempadan Rafah dengan Gaza, satu-satunya daerah kantung tempat transit yang tidak dikawal oleh Israel.

Mesir telah menutup sebahagian besar sempadannya dengan Gaza sejak tahun 2013 dan telah menghancurkan ratusan terowong Palestin yang digunakan untuk menyeludup barang-barang komersial, wang tunai, manusia dan makanan.

Hamas mengatakan bahawa tahun 2015 merupakan tahun yang paling teruk bagi Rafah dalam beberapa tahun terakhir apabila sempadan terbuka hanya untuk 21 hari.

Hubungan antara Hamas dan Kaherah buruk sejak tahun 2013, di ana terjadi penggulingan terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi yang merupakan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin. [Islampos]

Share on Myspace