Turki terima penghargaan bantu pelarian

HARAKAHDAILY | .

SEBUAH organisasi kemanusiaan Amerika memberikan penghargaan kepada Turki pada hari Sabtu minggu ini atas sokongan tidak mengenal lelah kepada pelarian Syria.

Turki telah menampung 2.7 juta pelarian Syria selama lima tahun terakhir, lapor World Bulletin, hari ini.

Gabungan Bantuan Kemanusiaan bukan kerajaan Amerika untuk Syria, memberikan anugerah tersebut kepada Duta Besar Turki di Washington DC Serdar Kilic, diikuti dengan acara mengumpul dana untuk rakyat Syria.

Kilic menerima anugerah itu atas nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu, pemerintah dan masyarakat Turki.

Kilic mengatakan bahawa anugerah itu dikhaskan untuk 2.7 juta pelarian Syria di Turki, dan terutama untuk Aylan Kurdi, kanak-kanak kecil Syria yang tenggelam pada tahun lalu yang membangkitkan kesedaran masyarakat antarabangsa terhadap krisis pelarian.

Acara itu tidak hanya mengenai anugerah, tetapi juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi pelarian Syria di seluruh dunia.

"Mari kita hentikan kemungkinan kehilangan satu generasi, mereka adalah penting bagi masa depan Syria, mereka penting bagi masa depan alam sekitar kami," kata Kilic. [Islampos]

Share on Myspace