Kerajaan Selangor setuju beri lot gantian

HARAKAHDAILY | .

PERMOHONAN lot-lot gantian dari Yap Kon Chiang, Leow Kim Mooi, Lok Wai Hong, Low Sang dan Sing How Fook dari Jalan 15, Kampung Baru Ampang.

Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka telah menerima aduan pada tahun 2014 daripada pemohon-pemohon di atas bahawa mereka telah diarah keluar dari rumah-rumah mereka oleh tuan tanah.

Menurut mereka, keluarga mereka telah menetap di tanah tersebut selama puluhan tahun tetapi tanah telah dipohon oleh orang lain dan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut saya telah membawa perkara ini kepada perhatian kerajaan negeri dan akhirnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2015 telah bersetuju agar lot-lot tanah gantian diberikan.

Dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Dan Kuala Langat, satu lot tanah telah dikenalpasti di kawasan Dewan Negeri Teratai untuk pemohon-pemohon tersebut.

Walau bagaimanapun sebelum permohonan itu boleh diangkat untuk kelulusan MMKN, terdapat beberapa perkara seperti berikut yang perlu diselesaikan,

1. Persetujuan dalam kalangan pemohon-pemohon tentang kedudukan lot-lot gantian itu.

2. Penyelarasan bersama Ahli Dewan Negeri Teratai, YB Tew Way Keng.

Satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan sepertimana berikut,

Tarikh - 21 Mac 2016 (Isnin)
Masa - 3.30 petang
Tempat - Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat,
Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
Pesiaran Pusat Bandar,
Seksyen 9, 43650 Bangi.

Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, segala isu-isu penghalang akan dapat diselesaikan dan permohonan dapat diangkat untuk kelulusan MMKN.

Tetapi jika tiada penyelesaian dapat dicapai maka lot tanah gantian yang lain akan dicari.

Walau bagaimanapun usaha-usaha ini merupakan satu bukti tentang keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Hj Suhaimi 0197598622 atau Cik Lee di 012 2731027.

DATO ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
21 Mac 2016 – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Share on Myspace