Ilmu: Fitnah tidak berbekas, pemfitnah diserang resah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Orang yang beramal dengan ilmu sentiasa dibimbing oleh Allah SWT untuk menghadapi berbagai cabaran dan persoalan.

"Hidup dihormati, izzahnya terserlah di tengah-tengah masyarakat," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau berkata, fitnah terhadapnya semua tidak berbekas sebaliknya pemfitnah hidup menderita kerana diserang dengan penyakit keresahan.

Justeru, katanya lagi orang yang Allah berikan kepadanya ilmu berada di dalam dua keadaan.

Tambahnya, ada yang memperolehi ilmu telah berubah menjadi orang yang baik dan berakhlak mulia.

Sebaliknya, kata beliau ada pula yang berubah sikap setelah mencapai tahap ilmu yang tinggi sehingga perwatakannya berubah menjadi manusia yang jauh dengan Allah dan dibenci oleh masyarakat.

"Ya Allah jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang bertambah ilmu dan bertambah amal," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 22/3/2016

Share on Myspace