Biayai perang Syria, rakyat miskin Rusia bertambah 20%

HARAKAHDAILY | .

Boikot ekonomi yang dilakukan negara-negara Kesatuan Eropah dilaporkan telah mengingkatkan jumlah orang miskin di Rusia melonjak sehingga 20% daripada jumlah keseluruhan.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan Badan Pusat Statistik Rusia, semalam menyatakan sepanjang tahun 2015 jumlah orang yang hidup di bawah garis kemiskinan di Rusia mencapai 19.2 juta orang atau kira-kira 13 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Rusia sendiri menetapkan mereka yang hidup di bawah 9.662 rubel sebulan sebagai garis ambang kemiskinan.

Sejak ikut campur dalam konflik Ukraine pada tahun 2014 lalu, negara-negara Eropah mengenakan sekatan ekonomi kepada Rusia sebagai bentuk hukuman atas perebutan wilayah Crimea.

Keadaan ini bertambah buruk apabila pada akhir tahun 2015, Rusia memutuskan campur tangan ketenteraan di Syria.

Tercatat pada tahun 2016 ini Rusia juga mengumumkan penurunan anggaran pertahanan sebagai reaksi atas krisis ekonomi yang melanda dua tahun terakhir. (Eramuslim)

Share on Myspace