Kejohanan Muay bermula solat Isya berjemaah

RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 with “The Best Of Kelantan Fighters" yang berlangsung malam ini bermula dengan solat Isyak berjemaah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dijangka mengimamkan solat berkenaan di Stadium Sultan Muhamad ke IV.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Ahmad Fadhli Shaari berkata, solat Isya berjemaah menjadi pembuka tirai kejohanan peringkat kebangsaan tersebut.

“Kejohanan dimulakan dengan solat isyak berjemaah bagi mendidik rakyat Kelantan solat berjemaah biar pun berada di mana sahaja.

“Ia juga sebagai penerus kepada apa yang dipraktikkan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang memimpin Kelantan,” katanya di sini.

Kejohanan itu yang julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016 dilangsungkan malam ini dan esok.

Pesertanya termasuk dari luar negara. Seramai 20 peserta menyertai kejohanan tersebut disyaratkan berpakaian menutup aurat dari paras pusat hingga lutut.

Selain itu peserta juga perlu menjalani ujian air kencing. Ia antara tujuh syarat yang mesti dipatuhi ke atas semua anak muay. - HARAKAHDAILY 22/3/2016

Share on Myspace