Peranan PAS sebagai peneraju Melayu Islam

HARAKAHDAILY | .

BATU PAHAT: PAS negeri Johor mengadakan taklimat Khas dalam usaha memantapkan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

Program yang berlangsung di Sertik, Air Hitam itu bertemakan “PAS Menerajui Politik Matang Dan Sejahtera.”

Antara pembentang dalam taklimat sehari itu ialah Pegawai Khas Presiden PAS, Kamaruzaman Mohamad, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Pesuruh Jaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad.

Kamaruzaman membentangkan tentang hala tuju politik PAS PRU14, sementara Prof Zainal membicarakan tentang program pemerkasaan parti dan tranformasi imej ke arah pas menerajui budaya politik matang dan sejahtera.

Dr Mahfodz dalam ucapannya menjelaskan senario terkini dan kehadiran yang sangat memberangsangkan yang membuktikan pengukuhan organisasi PAS Johor. Beliau turut menekankan peranan PAS sebagai penasihat dan peneraju umat Islam Melayu. Juga memahamkan bahawa PAS tidak memusuhi ahli Umno tetapi memusuhi institusi Umno itu sendiri.

“Sebagai ahli, kita semula perlu patuh (wala’) dan bersedia dengan sebarang  langkah  taktikal yang ada, Isya-Allah Islam pasti akan menang suatu hari nanti. Jika tidak pada zaman kita, mungkin zaman anak cucu kita,” ujar beliau.

Dr Mahfodz juga menyeru agar ahli memberi keyakinan kepada rakyat bahawa PAS boleh dan layak memerintah. – HARAKAHDAILY 23/3/2016

Share on Myspace