PAS tidak melayan parti seperti itu

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

IPOH: PAS Perak tidak terkesan dengan kenyataan provokasi PAN yang jelas tidak berpendirian, bahkan mempunyai hala tuju kabur, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Katanya, penubuhan PAN berpunca akibat kalah pemilihan dan kerana terlalu akur mengikut telunjuk DAP.

Jelasnya, PAS tidak melayan parti seperti itu kerana PAS mempunyai agenda yang lebih besar untuk menyelamatkan negara dan umat sejagat.

"PAS semenjak penubuhannya tidak pernah lari daripada dasar dan prinsip perjuangan.

"Aspirasi perjuangan PAS adalah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintah yang melaksanakan nilai hidup Islam serta hukum yang diredai Allah.

"Sejarah lampau telah membuktikan bahawa pemimpin ataupun kumpulan yang tidak bersetuju dengan PAS akan terkeluar atau tersingkir dari PAS.

"Kerana tapisan Allah SWT bagi mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan," ujar beliau.

Tegas Razman, PAS tidak perlu memohon maaf kepada sesiapa kerana PAS bergerak di atas prinsip dan dasar yang jelas berlandaskan al-Quran dan Sunnah. – HARAKAHDAILY 23/3/2016

Share on Myspace