Muay: MB ucap tahniah jaga aurat, solat jemaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengucapkan kepada anak muda yang menjaga aurat semasa Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 di Kota Bharu.

"Tahniah kepada anak muda yang dapat mengekalkan status menjaga batasan aurat semasa Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Stadium Muhammad IV yang bermula semalam.

"Solat berjemaah sebelum bermula kejohanan seumpama yang berlangsung semalam mestilah dijadikan amalan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti sukan di Negeri Serambi Mekah ini," ujar beliau menerusi laman facebook.

Kejohanan itu yang julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016.

Seramai 20 peserta termasuk dari luar negara yang menyertai kejohanan tersebut disyaratkan berpakaian menutup aurat dari paras pusat hingga lutut.

Selain itu peserta juga perlu menjalani ujian air kencing. Ia antara tujuh syarat yang mesti dipatuhi ke atas semua anak muay. - HARAKAHDAILY 23/3/2016

Share on Myspace