PRN Sarawak: Rayuan infaq gerak kerja PAS Bintulu

M AZWANI ABD RANI | .

PAS Bintulu bakal mencipta sejarah dengan diberi taklifan yang amat berat dengan pertanggungjawaban untuk bertanding di 3 kerusi Dun.

PAS Bintulu yang mula ditubuhkan secara rasmi buat kali kedua pada 2010, belum pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini, dengan hanya membantu jentera rakan tahaluf.

Keberadaan PAS Bintulu semakin dirasai dengan rancaknya kerja siasah, dakwah cakna kebajikan, pendidikan dan ekonomi Islam merangkumi 250 km persegi bermula dari DUN Kemena (sempadan Bakun), hingga ke Pekan Stapang (sempadan Sibu) dan menelusuri Balingian walaupun usia yang masih muda dan jentera yang masih belum berpengalaman luas.

Dengan kemajmukan budaya pelbagai bangsa seperti Vaei, Iban , Penan dan lain-lain, Bintulu merupakan kawasan yang melambangkan kemajmukan sejati yang amat sesuai dengan tema PAS Untuk Semua dan medan dakwah dan siasah cukup luas.

Kepada semua penyokong PAS di seluruh dunia, bantulah kami semaksima mungkin dengan doa dan bantuan sewajarnya agar kerja dakwah dan siasah ini terus subur dan membuahkan hasil kemenangan.

Moga pengumuman calon PAS Sarawak pada 6 April ini di Bintulu, akan menjadi penanda aras bahawa tidak mustahil Adun Sulung PAS pada 2016 ini lahirnya di Bintulu. – HARAKAHDAILY 24/3/2016

Share on Myspace