PAS kecam tragedi letupan di Belgium dan Turki

HARAKAHDAILY | .

PAS mengecam tragedi letupan yang berlaku di Brussels, Belgium dua hari lalu dan beberapa siri letupan yang berlaku di Turki beberapa hari lepas. Insiden-insiden ini mengorbankan puluhan nyawa dan mencederakan ratusan individu awam yang tidak bersalah.

PAS mengecam sebarang tindakan pembunuhan yang melibatkan orang awam yang tidak bersalah untuk apa tujuan sekalipun. Tindakan kejam sebegini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang sebarang tindakan kejam yang melibatkan orang awam yang tidak berdosa.

PAS merakamkan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Belgium, Charles Michel, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan semua mangsa yang terlibat dalam insiden yang tidak berperikemanusiaan ini.

PAS juga menggesa semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan fahaman untuk menghentikan semua tindakan kejam yang mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat awam yang tidak bersalah.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Jamadil Akhir 1437 / 24 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 24/3/2016

Share on Myspace