Tolong fikir sebelum like atau share

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Zaman media sosial dan langit terbuka, maklumat pantas seperti kilat, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Kita perlu mengambil peduli, jika tidak kita ketinggalan maklumat. Cuma kita kena berhati-hati tentang maklumat yang datang," katanya menerusi laman facebook.

Justeru, ujar beliau ia perlu ditabayun dahulu sebelum dihantar kepada orang lain kerana dibimbangi takut ia menjadi dosa jariah, jika maklumat itu palsu.

Jika silap, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menasihatkan supaya segera memohon maaf.

"Memang kita hendak menjadi orang yang pertama hantar maklumat yang kita perolehi daripada mana-mana kumpulan atau individu yang hantar kepada kita untuk orang lain," ujarnya.

Namun begitu, kata beliau kita perlu berhati-hati mengenai kesahihan maklumat tersebut.

"Tolong fikir sebelum like atau share. Fikir dahulu baru buat, bukan buat dahulu baru fikir. Buruk padahnya di akhirat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 25/3/2016

Share on Myspace