Intifadhah III akan bebaskan Tebing Barat dari Israel

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) percaya bahawa gerakan Intifadhah III boleh membebaskan wilayah Tebing Barat dari jajahan Zionis Israel sama seperti Jalur Gaza.

Kenyataan ini dikatakan pemimpin Hamas, Mushir al-Masri, dalam perarakan di Jalur Gaza, semalam memperingati 12 tahun syahidnya pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin.

"Gerakan Intifadhah al-Quds tidak akan berhenti dan kembali sampai mencapai matlamatnya iaitu membebaskan Al-Aqsa seperti pembebasan Jalur Gaza," ujar Mushir al-Masri dalam ucapannya di hadapan beribu-ribu penyokong Hamas.

"Palestin adalah bangsa yang satu tidak dapat dipisah-pisahkan dan dipecah belah. Palestin adalah bangsa yang satu dari lautnya dan daratan Islamiyah Arabiya," ujar Mushir al-Masri lagi.

Syeikh Ahmad Ismail Yasin lahir pada 1938 di desa Al-Jura, sebelah selatan bandar Gaza.

Syeikh Ahmad Yasin syahid pada saat sedang puasa sunat Isnin-Khamis, hari Isnin, 1 Safar 1425/22 Januari 2004 kerana dihentam peluru berpandu penjajah Zonis Israel setelah melaksanakan solat subuh berjemaah di Masjid Al-Mujama 'Al-Islami, Gaza. - Eramuslim

Share on Myspace