Kerajaan perlu serius tangani kes buli

HARAKAHDAILY | .

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyatakan kekesalan terhadap isu buli seorang pelajar yang dipaksa menggunting lidahnya sendiri di Klang, Selangor beberapa hari yang lepas.

Ini menunjukkan ada sesuatu yang perlu diperbaiki dalam sistem pendidikan negara kita.

Kes buli yang melibatkan kecederaan fizikal seperti ini telah mengemparkan seluruh negara.

Bahkan kes ini tidak pernah terfikir oleh rakyat Malaysia akan dilakukan oleh pelajar sekolah rendah yang semakin berani membuli.

Walaupun kes buli di sekolah pada tahun 2015 berkurangan kepada kira-kira 3,000 kes berbanding kira-kira 4,000 yang dicatat pada 2014 sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk P. Kamalanathan, namun statistik ini menunjukkan kes buli masih berada ditahap yang sangat serius dan merisaukan.

Pihak Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP) DPPM menuntut dan menggesa pihak kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil tindakan proaktif dan serius dalam menyelesaikan kes buli.

Suatu plan bertindak jangka masa panjang mewujudkan sekolah anti-buli perlu digerakkan dengan segera.

Kami yakin bahawa hanya dengan penyelesaian berteraskan Islam sahaja yang dapat menangani isu ini.

Akhirnya, bagi menjayakan cita-cita mewujudkan sekolah anti-buli, JPP DPPM juga menyatakan kesediaan kami untuk berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengaturkan strategi yang lebih berkesan dan serius.

HISHAMUDDIN MUSTAFA
Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP) DPPM. - HARAKAHDAILY 29/3/2016

Share on Myspace