CGPA 3.75 pinjaman boleh tukar jadi biasiswa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berpeluang menukar status Pinjaman Selangor kepada biasiswa bagi yang memperolehi CGPA 3.75.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pelajar cemerlang berpeluang ditawarkan Skim Pinjaman Boleh Ubah jika mendapat keputusan baik bagi melayakkan mendapat pengurangan atau pengecualian bayaran balik (biasiswa).

Beliau menyatakan demikian pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam, hari ini.

“Pelajar mendapat CGPA 3.20 ia menjadi pinjaman boleh ubah kepada separa dan bagi pelajar mendapat keputusan CGPA 3.75 menjadi pinjaman boleh ubah sepenuhnya.

“Jumlah keseluruhan pelajar menerima pinjaman pelajaran dari 2009 hingga 2015 seramai 7,874 pelajar,” ujarnya dipetik Selangor Kini.

Menurutnya lagi, nilai pinjaman pelajaran diperuntukkan dalam tempoh 2009 hingga 2015 adalah sebanyak RM1.1 juta.

Share on Myspace