Pelajar Yik dinasihat elak aktiviti luar darjah

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar bilik darjah antara jam 11 pagi hingga 4 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pada musim panas sekarang pihak  sekolah wajar kurangkan aktiviti kokurikulum di waktu tengah hari.

“Harap pihak sekolah menunggu dahulu sehingga keadaan kembali normal bagi menjaga kesihatan pelajar,” katanya di sini.

Biar pun Kelantan tidak terjejas ekoran fenomena el Nino sekarang, namun bahang panas dirasai pada waktu tengah hari.

Malah suhu di Kota Bharu paling tinggi sekitar 32 darjah Celsius pada waktu petang. Sebaliknya sebelah pagi suhu menurun sehingga 26 Celsius.   

Sabtu lepas juga hujan agak lebat pada sebelah pagi. - HARAKAHDAILY 29/3/2016

Share on Myspace