PAS anjur pertandingan cipta logo muktamar ke-62

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menganjurkan pertandingan mencipta logo Muktamar PAS ke-62 yang akan diadakan di Kota Bharu pada awal Jun depan.

Menurut Pengarah Pertandingan Logo Muktamar ke-62, Shuhaimi Embong, PAS telah beberapa kali menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk muktamar dan sambutan  sebelum ini adalah di luar jangkaan.

“Kali terakhir PAS mengadakan pertandingan mencipta logo muktamar adalah pada muktamar ke-59 yang diadakan di Shah Alam,” katanya.

Katanya, penyertaan pada pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PAS dan boleh hantar kepada pihak penganjur mulai sekarang hingga 29 April 2016.

Menurutnya, peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi dikehendaki mengisi boring yang disediakan di laman web rasmi PAS Pusat: pas.pusat.my/logomuktamar62  

“Pertandingan ini dikendalikan oleh Panitia Induk Muktamar PAS ke-62 dan diuruskan oleh Jabatan IT PAS Pusat,” katanya yang juga Pengarah IT PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 29/3/2016

Share on Myspace