Selangor alu-alukan konsep ‘beli kemudian jual’

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan konsep ‘beli kemudian jual’ (BKJ) dipraktikkan pemaju perumahan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani negeri, Zaidy Abd Talib, berkata konsep itu diyakini mampu mengekang masalah projek perumahan terbengkalai.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak berhasrat mewajibkan konsep itu memandangkan ia tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Pembatalan pelaksanaan konsep ini di peringkat persekutuan kerana bimbangkan pemaju kecil tak mampu menanggung kos pembinaan amat dikesali,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Adun Taman Templer berkata, sehingga kini terdapat 115 projek perumahan terbengkalai melibatkan lebih 25,000 unit.

Tambah beliau, antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 11 projek, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)-3, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)-3, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)-4, Majlis Perbandaran Klang (MPK)-30, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)-12 dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)-9.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)-7, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)-8, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)-14, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)-13 dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)-1.

Share on Myspace