Lindungi orang kristian, Salah Farah terima anugerah

HARAKAHDAILY | .

ALMARHUM Salah Farah, seorang Muslim dari bandar Mandera di timur laut Kenya secara anumerta dianugerahkan Order of Grand Warrior oleh pemimpin Kenya Uhuru Kenyatta untuk melindungi orang Kristian semasa serangan keganasan di bas Mandera Disember lalu, lapor World Bulletin, hari ini.

"Salah Farah saya berikan anugerah Order of Grand Warrior," kata Presiden Kenyatta.

"Dia adalah seorang Muslim yang dibunuh kerana melindungi orang-orang Kristian. Saya salute kepada Farah yang merupakan seorang guru meninggal dunia kerana melindungi orang Kristian semasa serangan al-Shabaab," tambah Kenyatta.

Salah Farah adalah seorang guru, wakil ketua sekolah bandar utama Mandera.

Pada Disember 2015, Farah ditembak oleh militan al-Shabaab selepas menolak untuk dipisahkan dari orang-orang Kristian ketika serbuan.

Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 2016. [Islampos]

Share on Myspace