Peserta Felcra Pulau Ceri Lenggong terus tertekan

HARAKAHDAILY | .

Peserta Felcra melahirkan rasa kecewa dengan pengurusan Felcra Bhd dan wakil rakyat kerajaan Umno BN.

Tanah mereka telah diserahkan kepada pengurusan felcra bermula tahun 1987 ditanam pada tahun 1989 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1993.

Mengikut perjanjian tanpa mereka sedari implikasinya penyerahan tanah tersebut adalah selama 15 tahun. Ini bermakna tahun 2003 perjanjian telah tamat.

Pada awal tahun 2016 pihak Felcra  menpengaruhi tuan tanah supaya menyerah semula tanah mereka kepada Felcra untuk ditanam semula. Terdapat sebahagian daripada peserta tidak bersetuju kerana mahu mengusaha sendiri.

Mereka amat terkejut dan kesal setelah melebih 20 tahun di bawah pengurusan Felcra mereka didakwa masih berhutang lebih kurang RM2,000 untuk setiap seekar dan mereka tidak dibenarkan memasuki tanah milik mereka.

Kalau ini keadaannya menunjukan bahawa industri sawit ini tidak menguntungkam.

Amat mengecewakan dalam tempoh yang begitu panjang purata pendapatan yang mereka perolehi tidak melebihi RM50 seekar.

Menurut kebiasaan purata pendapatan hasil sawit bagi yang diusahakan secara bersendirian atau ladang yang lain adalah sekitar RM500 hingga RM800 seekar. Kerajaan sewajarnya melihat perkara ini.

Kepada peserta Felcra di seluruh negara bangkit menuntut hak dan keadilan kepada mereka.

RAZMAN ZAKARIA
Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa)
27 Jamadil Akhir 1437 / 5 April 2016 - HARAKAHDAILY 5/4/2016

Share on Myspace