Siasat pembocoran dokumen ‘The Panama Papers’

HARAKAHDAILY | .

KAMI mengesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan sebuah firma peguam bertaraf antarabangsa Mossack Fosenca berpusat di Panama yang mendedahkan kegiatan ratusan figur pemimpin dunia dan ahli keluarga mereka, ahli politik, ahli pemain bolasepak terkenal yang dikatakan terlibat dengan aktiviti menyembunyi kekayaan dan mengelak pembayaran cukai.

Firma Panama itu menyimpan akaun luar (Offshore accounts) dan mengelak cukai oleh ribuan individu dari pelbagai negara.

Dalam apa yang digelar "The Panama Papers" itu , lebih 11.5 juta dokumen dari 214,000 entiti syarikat luar negara yang dirahsiakan lebih 40 tahun telah bocor.

Nama anak Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak dikatakan tersenarai dalam laporan tersebut. Dokumen itu mendakwa anak PM Malaysia menjadi lembaga pengarah dalam dua syarikat sebarang laut (offshore) ketika Najib Razak maseh berkuasa.

Mengikut laporan media antarabangsa kegiatan menyembungi kekayaan dan mengelakkan membayar cukai ( wang disalur ke luar negara secara haram ) oleh golongan yang berkuasa dan super kaya di dunia adalah sebuah kegiatan global yang sangat besar dan bernilai trilion ringgit. Nilai wang yang menghindar cukai itu dikatakan mencecah USD32 trilion.

Ia menjadi isu antarabangsa yang telah menarik pelbagai pihak dan pertubuhan media yang memberi fokus kepada isu ketelusan kewangan dan penyalahgunaan wang yang disalur keluar dari sesebuah negara secara haram.

Beberapa media telah menerbitkan penemuan dari siasatan terhadap urusan kewangan golongan yang kaya dan berkuasa berdasarkan sejumlah dokumen yang diserah oleh sumber yang tidak didedahkan.

Sebuah NGO berpusat di US "The International Consortium of Investigative Journalism (ICIJ)" menyatakan sebanyak 11.5 juta rekod yang memberi maklumat terperinci syarikat luar negara (offshore holdings) yang melibatkan 12 orang pemimpin dunia (yang masih berkuasa dan bekas pemimpin). Juga termasuk personaliti bisnes, penjenayah, selebriti dan bintang sukan.

Nama anak PM Malaysia adalah pemimpin negara yang dicatat termasuk dalam maklumat yang bocor tersebut. Setakat ini seramai 143 ahli politik telah tersenarai dalam kegiatan yang dikata menyembungi kekayaan dan mengelak cukai.

Dalam undang-undang  Malaysia jika  benar, ia boleh dikait dengan melanggar undang-undang negara dibawah Akta 613 iaitu Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mengelak dari membayar cukai oleh mereka yang mengumpulkan kekayaan bukan sahaja melanggar undang-undang akan tetapi juga ada tidak bermoral. Wang cukai yang dikumpul oleh mana-mana pemerintah sepatutnya diguna untuk pembangunan pelbagai keperluan rakyat seperti perumahan, sekolah, hospitala dan kemudahan awam.

Dengan berleluasanya kegiatan mengelak pembayaran cukai, kelompok rakyat bawahan yang memerlukan bantuan pemerintah telah terbatas dan terencat.

Kami berpandangan nama anak PM Malaysia yang tersenarai dalam maklumat yang bocor itu hendaklah mendapat respon daripada pemerintah Malaysia dan pihak berwajib wajar menggerakkan prosedur menyiasat jika ada salahguna kuasa dan pelanggaran undang-undang berlaku.

Undang-undang yang mengawal aliran wang haram dibawah Akta yang berkenaan sepatutnya memboleh pihak yang berkenaan menjalankan sesiatan.

Nama Malaysia tidak boleh boleh dibiar tercemar oleh kegiatan "money laundering" yang akan menyebabkan integriti negara terjejas akibat salahguna kuasa oleh mereka yang berwewenang.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim – HARAKAHDAILY 5/4/2016

Share on Myspace