Himpunan aman bantah DLP dipindah ke Tasik Titiwangsa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Himpunan aman membantah pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 9 April (Sabtu) ini jam 2.00 hingga 4.30 petang dipindah ke padang Tasik Titiwangsa.

Setiausaha Kongres Rakyat, Nasrudin Hassan berkata pertukaran tempat itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, ini kerana Dataran Merdeka ada majlis lain yang berlangsung pada hari dan masa yang sama.

"Kesulitan yang dialami sangat kami kesalkan," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas. - HARAKAHDAILY 6/4/2016

Share on Myspace