PRN Sarawak: Presiden PAS isytihar calon malam ini

HARAKAHDAILY | .

 

BINTULU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di sini kira-kira 1.00 tengah hari tadi untuk mengisytiharkan calon-calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, malam ini.

Pemimpin utama yang turut bersama beliau ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Majlis yang bermula jam 8.00 malam itu diadakan Hotel Kemena, Medan Asy-Syakirin.

Antara pemimpin PAS yang akan berucap nanti ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengarah Jawatankuasa Induk PRN Sarawak, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

PAS sebelum ini mengumumkan akan bertanding 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 6/4/2016

Share on Myspace