Jangan berselindung di sebalik OSA, beri penjelasan

HARAKAHDAILY | .

Kerajaan Umno BN sepatutnya memberi penjelasan kepada pendedahan-pendedahan yang dilakukan oleh YB Rafizi Ramli dan tidak berselindungan di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sepatutnya pendedahan Ahli Parlimen Pandan itu dialu-alukan agar sebarang kepincangan dapat dibetulkan demi kepentingan negara dan rakyat.

Walau bagaimanapun beliau telah ditahan seperti seorang penjenayah yang merbahaya.

Penahanan ini terus menghakis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Umno BN dan memburukkan lagi imej negara di mata dunia.

Ia juga akan menyuburkan budaya berdiam diri apabila berlaku penyelewengan.

Tidak ada siapa yang akan berani bersuara kerana mereka yang melakukan pendedahan berhadapan dengan pendakwaan.

Ini sudah tentu bertentangan dengan konsep mencegah kemungkaran di dalam Islam.

DATUK ISKANDAR A SAMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
6 April 2016 - HARAKAHDAILY 6/4/2016

Share on Myspace