Dua jam menjelang pengumuman calon PAS

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

BINTULU: Hampir kesemua pimpinan utama PAS selamat tiba di Bintulu petang ini untuk majlis pengumuman calon PAS bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11.

Majlis pengumuman akan diadakan di Hotel Kemena dekat sini pada jam 8 malam dengan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan umumkan calon sekitar jam 9 malam.

Tuan Guru Abdul Hadi tiba lebih awal pada sebelah tengahari tadi dan kemudian disusuli pimpinan lain antaranya Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak Ir Muhtar Suhaili dalam satu Penerbangan sama pada jam 6.

Majlis pada malam ini akan bermula dengan ketibaan dif kehormat, nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sarawak dan lagu rasmi PAS selain akan disusuli tayangan montaj, ucapan pimpinan utama dan pengumuman Calon.

Majlis juga dijangka akan disertai puluhan wartawan dari Sarawak dan Semebanjung.

Berita lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 6/4/2016

Share on Myspace