Ketibaan Presiden PAS disambut laungan takbir

HARAKAHDAILY | .

BINTULU: Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke dewan utama Hotel Kemena di sini disambut dengan laungan takbir bergema.

Majlis sedang dipengerusikan oleh Ir Muhtar Suhaili Setiausaha PAS Sarawak dengan penuh ceria.

Anggaran Kehadiran lebih 300 orang dengan penyokong bukan Islam dari kaum Iban dan pelbagai pihak lain.

Majlis di kendalikan dalam dua bahasa, Melayu dan Sarawak.  Ustaz Sazlan Saili mengetuai bacaan doa.

Turut hadir Ust Idris, Dato Mohd Amar Abdullah, Usaz Nasrudin Hassan, Ustaz Nik Abduh, Dato Dr Mahfodz Mohammad, PJ Sarawak, Jofree Jaraie.

Media juga memenuhi kawasan sebelah kanan Dewan. – HARAKAHDAILY 6/4/2016

9.00: Sekarang ini majlis di teruskan dengan diperdengarkan sejarah pembabitan PAS di Sarawak dalam pilihan raya bermula 2000 hingga kini.

Tahun 2011 PAS tanding 5 kerusi dan hampir menang di Beting Maro. Kini pas tanding 11 kerusi. Ir Muhtar memaklumkan momentum sokongan makin tinggi.

9.05: PJ Sarawak, Jofree jaraie dijemput utk menyampaikan ucapan.

Jofree Jaraie melaungkan keyakinan PAS di sini akan mampu melakar kejayaan pada PRN Ke-11.

Kata Jofree, momentum sokongan kepada PAS pada kali ini amat memberangsangkan. Kehadiran pelbagai kaum di program malam ini, menunjukkan sokongan tinggi dan perubahan di sini.

PAS ini kata beliau adalah parti yang semakin kuat, dan yakin akan berjaya khususnya dengan kerja kuat yang telah dijalankan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS kerana hadir untuk merasmi dan mengumumkan calon

Diakhir ucapan, beliau melaungkan keyakinan kemenangan akan pasti dicapai.

9.13: Pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali menyampaikan ucapan.

PAS Sarawak mula menyertai PRN Sarawak pada 2001.

Kata Mustafa, inilah suasana sangat hebat dan keazaman tinggi PAS Sarawak dan seluruh Malaysia yang tidak sama dengan sebelum ini.

Yang ada pada malam ini adalah sebahagian tenaga yang telah lama membangunkan membina sokongan di sini.

PAS datang di sini berhasrat bertindak sebagai chek and balance kepada BN di sini.

Kita mengharapkan agar penyertaan kali ini mampu mencapai kemenangan, pemilihan calon telah ditetapkan dan ditapis Majlis Syura dan ia adalah anak Sarawak dengan orang Sarawak sendiri yng calonkan.

PAS Pusat dan negeri telah atur jentera yang hebat dan menampakkan kemungkinan untuk menang.

Kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil dan semata-mata suatu khayalan, tetapi berdasar maklum balas semua Dun yang kita tandingi semua positif.

Beliau juga jangkakan pertandingan banyak penjuru.

9:25 Giliran Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan.

Beliau berkata, PRN11 ini menyaksikan gerak kerja PAS semakin teratur. Dalam 11 Dun yang diputuskan, 50 peratus calon muda dan paling muda 25 tahun.

Lapan dari calon adalah pemegang Ijazah dan mereka melepas jawatan untuk bertanding.

Tuan Ibrahim menegaskan Sarawak harus diberi 20% royalti minyak.

Suara PAS harus dihantar ke Dewan Sarawak untkk mewakili rakyat Sarawak. Tanpa pembangkang yang kuat tidak akan berlaku desakan perubahan.

Kehadiran PAS di sini walaupun sebagai Parti Islam tetapi perjuangkan gagasan semua rakyat. Islam berpegang tegas pada prinsip semua bangsa ada haknya.

9.39: Presiden PAS menyampaikan ucapan.

Presiden memulakan dengan mebaca ayat Quran dan menceritakan kejadian manusia. Pelbagai bangsa kaum dan agama, tidak mungkin hidup sendirian. Mereka tolong-menolong, membantu antara satu sama lain.

Islam ajar pemerintahan harus adil bukan shaja kepdaa satu kaum tetapi kepada semua.

Sarawak harus utamakan kebajikan kepada rakyat Sarawak, hasil sumber bumi harus diagihkan sebaiknya.

10.00: Presiden PAS mengumumkan calon-calon PAS untuk PRN11.

Share on Myspace