Blok pengairan bantu petani hadapi kemarau

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Usaha memastikan aktiviti pertanian tidak terjejas ekoran faktor El Nino, Kerajaan Selangor kini dipergiat menerusi pelbagai pelan perancangan membantu golongan itu di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata pihaknya secara konsisten membantu membekalkan blok pengairan air ke kawasan sawah dan bendang sekitar Bagan Terap dan Sabak Bernam pada 15 April ini.

“Sepatutnya pada 1 April lalu sudah ada air yang dialirkan kepada blok pengairan Bagan Terap, tetapi kerana faktor air sungai yang agak terhad kita lambatkan sedikit pada pertengahan bulan ini.

“Cuma apa yang berlaku sekarang, faktor cuaca panas ini memang menyebabkan air sungai menjadi kering dan sungai yang terlibat di Selangor antaranya di kawasan Sungai Bernam,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkenaan kesukaran petani di kawasan Sabak Bernam mendapatkan bekalan air yang mencukupi susulan keadaan kemarau.

Bagaimanapun Zaidy berkata, kerajaan negeri sentiasa konsisten membantu golongan petani menghadapi situasi sukar itu menerusi pelbagai insentif berterusan.

Antara lain, jelasnya penggunaan 23 pam saluran air untuk dialirkan kepada kawasan pertanian sawah padi seluruh negeri.

Share on Myspace