PRN Sarawak: Tidak mustahil PAS dikurnia kemenangan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata PAS semakin diterima dan mendapat daripada masyarakat negeri itu pada hari ini.

Katanya, dengan penerimaan yang positif itu tidak mustahil Allah mengurniakan kemenangan kepada PAS pada Pilihan raya Negeri (PRN) ke-11 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini, menurutnya dengan syarat ahli-ahli PAS bersungguh-sungguh dalam mengatur gerak kerja dakwah.

“Kita mungkin tidak menang di dunia tapi menang di akhirat," ujarnya dipetik laman rasmi PAS bagi PRN Sarawak.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRN Sarawak di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan 11 calon PAS yang akan bertanding dalam PRN pada majlis itu.

“Islam adalah untuk semua, semua bangsa boleh terima kerana dengan Islam memerintah,ianya akan memberikan rahmat kepada semua,” ujarnya yang juga calon N74 Pujut di hadapan para pemimpin utama PAS itu. - HARAKAHDAILY 7/4/2016

Share on Myspace