PAS tawarkan calon muda berwibawa untuk Sarawak

HARAKAHDAILY | .

JABATAN Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bangga dan izzah atas nama perjuangan Islam apabila Majlis Pengisytiharan Calon PRN Sarawak di Bintulu pada malam tadi meletakkan hampir 50 %  calon daripada kalangan anak muda.

Seramai 5 orang calon yang berumur bawah 40 tahun daripada 11 orang calon yg diumumkan adalah dalam kalangan anak muda. Berlatar belakang pendidikan yang berbeza-beza sekaligus menunjukkan kewibawaan dan keberanian parti PAS menampilkan calon-calon muda. Mereka adalah :

1. Mohd Arifiazul Paijo - 32  Tahun
Calon N 72 Lambir

2. Engr. Zharudin Narudin - 31 Tahun
Calon N70 Samalaju

3. Ustaz Yusof Assidiqi Sharkawi - 30 Tahun
Calon N7 Samariang

4. Zulkifli Ramzi - 38 Tahun
Calon N16 Muara Tuang

5. Hamidah Mokhtar - 26 Tahun
Calon N 29 Benting Maro

PAS melangsungkan sunnah perjuangan Rasulullah SAW selain perjuangan atas nama Islam, PAS juga mengenengahkan serta memberi peranan kepada para pemuda. Nama Usamah Bin Zaid, Ali Bin Abi Talin dan ramai lagi adalah calon muda yang Nabi SAW berikan peranan besar pada mereka dalam perjuangan ini.

Di samping seramai 5 orang calon muda, 6 orang calon lagi adalah mereka yang dikenali dan dimaklumi masyarakat umum atas sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada masyarakat setempat. Termasuklah seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS daripada kaum Iban turut disenaraikan sebagai calon.

Justeru slogan Sarawak Sejahtera yang dikemukan sebagai satu tawaran kepada kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini di samping ketokohan calon-calon tersebut mudahan akan diterima oleh masyarakat.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Malaysia
7 April 2016 | 29 Jamadilakhir 1436H – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Share on Myspace