PRN Sarawak: Kiprawi Aman dekat di hati pengundi

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

SIHAT kamek tok," Kiprawi Aman menyapa mesra warga Kampung Jepak yang berjalan keluar dari Jeti Kampung Jepak.

Langkah kakinya menyusuri Kampung Jepak, sepanjang Jalan menuju ke Jeti Kampung Jepak  senyumnya tidak putus dihulur, mesra dan cukup "hemoi".

Kiprawi Aman bukan asing di kampung ini, isterinya penduduk asal Kampung Jepak. Kampung nelayan yang unik, hidup harmoni dan suasana cukup meriah.

Kehadiran Kiprawi bagai selebriti, sapaan pertamanya mendekati penduduk terus disambut dengan luahan gembira penduduk bangganya mereka ada anak tempatan yang berpendidikan mewakili suara mereka di sini.

Apatah lagi Kiprawi bekas kakitangan awam di Bintulu. Orang ramai kenal dengan batang tubuhnya.

Lagak kiprawi bagai wakil rakyat , Nada mesranya dibalas dengan baik pengundi di sini.

Kehadiran Kiprawi bersama Pesuruh Jaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Jaabar membuka rasa kasih penduduk di Kampung Jepak. Tiap gerak gerinya ditatap mesra penduduk di sini.

Hidup nelayan yang banyak tertumpu kepada hasil laut dan pengangkutan laut membuatkan masyarakat di sini banyak mengharap bantuan bantuan untuk memudahkan kerja mereka.

Produk yang dihasilkan antaranya ikan kering, udang kering harus dipasarkan dengan lebih meluas. Produk pelancongan Sungai Kemena harus dibangunkan bak kata Kiprawi yang melihat adanya nilai tambah kepada ekonomi rakyat di sini untuk dibangunkan.

Kata Kiprawi, wakil rakyat di sini tidak pernah mahu melihat cadangan memajukan sektor pelancongan dengan menjadikan kawasan ini 'eco tourisme' dengan membangunkan 'water front'  seperti di Kuching yang akan menjadikan Sungai Kemena dan Jeti Kampung Jepak sumber ekonomi kepada penduduk di sini.

Deretan homestay boleh dibina sepanjang Sungai Kemena, dan jajaran pejalan kaki untuk mereka berjogging, boleh sahaja dijadikan pusat jualan belacan kerana terkenalnya belacan Bintulu berikutan udang menjadi antara hasil sungai di kampung ini.

Boleh sahaja kraftangan yang dihasilkan penduduk menjadi daya tarikan di sini andai impian melahirkan pelancongan eco ini suatu kenyataan.

Presiden NGO Genrasi, Ustaz Roslan MD Esa yang turut serta dengan rombongan PAS Pahang ke Dun Jepak mengiringi Kiprawi memulakan culaan undi melihat prospek pelancongan tersebut.

Bagi Ustaz Roslan, jika dimajukan maka limpahan ekonominya akan mengalir kepada anak anak generasi akan datang.

Kecantikan dan keindahan semulajadi Kampung Jepak dan keunikan kawasan pinggir Bintulu ini memberi satu ransangan andai ia dimajukan.

Andai Kiprawi berjaya menjadi wakil rakyat di sini kali ini dalam PRN Sarawak ke-11 maka suara cadangan ini bakal dibawa ke DUN Sarawak.

Maka limpahan pembangunan pelancongan akan menjadi satu dampak baharu kepada penduduk di Kampung Jepak. – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Share on Myspace