Ayuh bantu ringan beban kos petisyen Dun Mahkota

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Kluang memohon sumbangan orang ramai khasnya ahli PAS bagi membantu pihaknya menyelesaikan kes Petisyen Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu

Yang DiPertua PAS Kawasan Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ia berikutan sebelum ini pihaknya ada memfailkan petisyen meminta supaya satu pengisytiharan dari mahkamah bahawa pilihan raya di DUN Mahkota pada 5 Mei 2013 sebagai tidak sah dan terbatal.

Menurut beliau, antara sebab utama petisyen itu dibuat adalah kerana penemuan beberapa kertas undi dari kawasan Dun Nusa Jaya dalam peti undi kawasan Dun Mahkota.

Perkara ini berlaku dalam keadaan tong-tong undi tersebut disimpan di bawah jagaan pihak keselamatan di Balai Polis Kluang, katanya kepada Harakah pada 7 April lalu

Katanya lagi tujuan petisyen itu dibuat bagi membuktikan bahawa Undi Awal tidak telus, bukan sahaja di Dun Mahkota atau Dun Nusajaya tetapi diseluruh negara.

Malangnya kata Khairul Faizi, petisyen telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada tarikh  30 Julai 2013 dengan kos RM60,000.00.

"Pendahuluan dibayar sebanyak RM20,000.00 sebelum atau pada 30 Mei 2016 dan ansuran sebanyak RM10,000.00 dibayar sebelum atau pada 30 Jun 2016 sehingga penyelesaian penuh," katanya.

Pempetisyen adalah Mohd Nor Mohamad yang merupakan Pengarah Jabatan Praya PAS Kawasan Kluang.

Beliau terlibat secara langsung dalam PAS kawasan Kluang sejak dari awal lagi.

Komitmen masa, tenaga dan wang ringgit beliau curahkan kepada PAS Kluang cukup tinggi dan sangat dirasai oleh PAS Kluang.

"Saya mewakili seluruh jawatankuasa dan ahli PAS Kluang merayu agar seluruh para penyokong perjuangan PAS untuk tampil membantu kami membayar kos petisyen ini.

"Jika gagal berbuat demikian maka Pempetisyen yang juga merupakan penggerak utama PAS Kawasan Kluang akan diisytihar muflis," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, PAS Kluang merayu orang ramai dan ahli PAS seluruh negara menghulurkan sedikit bantuan bagi menyelesaikan isu ini.

Bantuan kewangan boleh disalur terus kepada PAS KAWASAN PARLIMEN KLUANG
No akaun : 01050010001722
Bank Islam Malaysia Berhad.

Atau hubungi nama-nama berikut :

Haji Mohd Ali bin Shabani
Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang.
No tel : 0137003732

Khairul Anuar Ahmad Kamil
Bendahari Kawasan Kluang.

No tel : 0197762766 – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Share on Myspace