Muslimat PAS kecam penahanan Rafizi

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Tindakan polis menahan anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dianggap mencabul kedaulatan Parlimen kerana ditahan polis sejurus keluar daripada bangunan itu.

Ketua Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof berkata amat mencukacitakan cara tangkapan dilakukan seumpama menangkap penjenayah besar.

“Kita mendesak Rafizi dibebaskan apa lagi penangkapan itu tidak sah kerana ia berlaku ketika persidangan Parlimen masih berlangsung,” ujarnya dihubungi di parlimen.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR ditahan dipercayai untuk membantu siasatan berhubung dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau dibawa ke Bukit Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Rafizi baru-baru ini mendedahkan isu berkaitan LTAT dengan 1MDB yang didakwanya boleh menjejaskan keupayaan badan itu membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang bersara. – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Share on Myspace