Sekali PAS aku akan terus PAS!

HARAKAHDAILY | .

DEMIKIANLAH semangat dan penegasan dari Haji Ghazali Mentrang, 75 tahun dari Sepayor, Sadong Jaya ketika kami mengunjunginya petang Khamis semalam.

Beliau asalnya merupakan seorang pimpinan PBB di Sepayor, Sadong Jaya tetapi mula menyedari akan kezaliman kerajaan BN ketika berlakunya peristiwa Memali pada 1985 yang menyaksikan rakus dan ganasnya BN terhadap Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali.

Bila PAS mula bertapak di Sarawak, beliau merupakan antara generasi terawal yang menggerakkan PAS di Bumi Kenyalang ini bersama Almarhum Haji Adam Ahid, bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Menurut Encik Jaafar, Ketua Unit Peti Undi Semera, Hj Ghazali adalah petugas PAS yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. Bekerja keras tanpa sebarang kepentingan. Ketika PAS belum ada apa-apa di Sarawak, dia gigih berjuang.

Bayangkan kita yang datang membantu ditahun 2016 ini dapat merasai jerit perih untuk menggerakan jentera parti di sini, maka bagaimana mereka berjuang untuk menggerakkan PAS diawal penubuhannya dulu.

Sekarang Haji Ghazali sudah uzur. Kaki kirinya dipotong sehingga paras lutut lantaran masalah penyakit kencing manis yang ditanggungnya.

Dengan nada tegas Haji Ghazali memaklumkan bahawa ada hamba Allah yang bakal bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri kali ini dengan menggunakan lambang bunga raya ada memujuk beliau untuk menyokong calon bebas tersebut.

Tapi dengan tegas Haji Ghazali menolak. "Sekali aku PAS, aku akan terus PAS sampai akhir hayat!"


DR AZMAN IBRAHIM
Catatan dari Bumi Kenyalang.
8 April 2016 – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Tulisan di atas diambil daripada FB beliau.

Share on Myspace